VISI DAN MISI SEKOLAH
SMK Sungai Limau akan menjadi Sekolah Menengah Nombor Satu di Daerah Yan pada tahun 2010.
Misi : Berusaha sedaya upaya memberi Pendidikan secara menyeluruh dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti bagi mencapai cita-cita untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak dan berihsan terhadap persekitaran mereka.
PIAGAM PELANGGAN
Kami akan berusaha dengan penuh komitmen dalam melaksanakan segala tugas dengan semangat professional yang tinggi bagi menyempurnakan perkhidmatan yang berkualiti agar dapat memenuhi kehendak falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KETERANGAN LENCANA SMKSL
Lencana SMKSL mula diperkenalkan pada tahun 1982. lanya berbentuk perisai. Di bahagian dalam terdapat dua pelepah kelapa yang dihubungkan oleh gelung rotan. Di ruang tengah antara pelepah terdapat besi yang merangkumi perkataan ilmu. Manakala di bahagian atas perisai tercatat SMKSL. Cogan kata ini ialah TEKUN, BERDISIPLIN, dan IKHLAS ditulis di atas pita.
Pelepah kelapa melambangkan aspirasi. Oleh itu pelepah letaknya di bahagian atas pokok kelapa, membawa implikasi bahawa setiap orang harus mempunyai keinginan untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan masing-masing. Dengan ini, bagi susunan pelepah kelapa rapi ini melambangkan perpaduan seterusnya lambang Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Gelong rotan pula melambangkan sukan sebagai satu aspek penting di dalam pendidikan. Semua pelajar semestinya melibatkan diri dalam sukan atau aktiviti ko-kurikulum supaya dapat memperkembangkan potensi diri mereka dan memupuk sifat keimanan.
Warna yang terdapat di Lencana ialah biru, kuning, dan merah. Biru melambangkan perpaduan dan keharmonian, kuning melambangkan ketaatan dan kesetiaan manakala wama merah melambangkan keberanian.
Reroda besi yang merangkumi perkataan ilmu melambangkan sains dan teknologi sebagai satu ilmu yang penting di dalam pendidikan seterusnya dicari oleh pelajar untuk memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara. Cogankata TEKUN, BERDISIPLN, IKHLAS adalah ciri-ciri nilai murni yang semestinya dimiliki oleh setiap pelajar untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Tuan Pengetua bersama guru dan staf SMK Sungai Limau (5U) bergambar bersama Timbalan Pengarah Kedah, Tuan Hj Abu Bakar bin Yahya.
Majlis Anugerah Kualiti 2006 (11 September 2006 di Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur)
MAJLIS ANUGERAH KUALITI 2006
Semua guru SMK Sg Limau mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan Akhir Tahun kepada semua pelajar SMK Sg Limau. Semoga dapat menjawab dengan baik dan membawa kejayaan. Kejayaan anda adalah juga kejayaan untuk semua.
Pengetua En Nasrudin b Ab Rahman sedang menyampaikan ucapan di perhimpunan mingguan sekolah.
Untuk mengetahui keputusan dan markah ujian / peperiksaan sila masuk ke bahagian Unit Peperiksaan